Friday, March 25, 2011

PENAKLUKAN BELANDA KE ATAS MELAKA (1641–1824)

………Tekanan yang dihadapi oleh Belanda di Eropah di abad ke- 16 telah menguatkan lagi azam Belanda untuk menjadi bangsa yang merdeka, berkuasa, kuat dan berdaulat.Penindasan Sepanyol ke atas Belanda, penutupan pelabuhan Lisbon terhadap kapal Belanda dan penerbitan buku Itinerario oleh Van Linschoten yang membongkar rahsia jalan laut dan tempat yang kaya dengan hasil rempah telah mendorong orang Belanda mengembangkan pengaruh ke rantau Asia Tenggara.

………..Dalam usaha menyatukan kekuasaan Belanda di Timur, seluruh kapal perniagaan Belanda yang berdagang di Timur telah digabungkan dan dikenali sebagai Syarikat Hindia Timur Belanda. Di samping itu, pada 1606, Belanda telah mengikat perjanjian dengan Negeri Johor untuk membuat pakatan bagi melancarkan serangan bersama ke atas Portugis di Melaka.

…………Bagi mengukuhkan kedudukannya pihak Belanda telah berjaya menawan dan menubuhkan pusat pentadbiran di Betawi. Setelah kedudukannya menjadi bertambah kukuh, hasrat Belanda untuk menawan Melaka telah diteruskan. Dalam bulan Jun 1640 sehingga Januari 1641, Melaka telah dikepung oleh Belanda dengan bantuan Johor. Pengepungan yang berterusan ini telah menyebabkan kebuluran yang teruk di kalangan tentera Portugis dan akhirnya pada 16 Januari 1641, pihak Portugis telah menyerah kalah tanpa syarat dan Melaka jatuh ke tangan Belanda.

No comments:

Post a Comment