Friday, March 25, 2011

CERITA TSUNAMI

Pendahuluan




Maksud Tsunami diambil dalam istilah bahasa Jepun iaitu ombak besar.Tsunami pertama kali melanda pada 26 Desember2004. Tsunami telah melanda kebanyakan persisiran pantai dan kepulauan. Tsunami lebih banyak mengorbankan mangsa-mangsa berbanding dengan bencana lain. Tsunami boleh dihasilkan dengan pelbagai cara dengan mengabungkan bencana-bencana yang lain. Bencana ini amat mengerunkan semua penghuni bumi.Tsunami boleh dihasilkan dimana-mana sahaja didunia ini samada di lautan, laut pedalaman dan lain-lain lagi.
Perubahan permukaan laut tersebut bisa disebabkan oleh gempa bumi yang berpusat di bawah laut, letusan gunung berapi bawah laut, longkor bawah laut, atau atau hantaman meteor di laut. gelombang dapat merambat ke segala arah.tenaga yang dikandung dalam g tsunami adalah tetap terhadap fungsi ketinggian dan kelajuannya. Di laut dalam,gelombang tsunami dapat merambat dengan kecepatan 500-1000 km per jam. Setara dengan kecepatan pesawat terbang. Ketinggian gelombang di laut dalam hanya sekitar 1 meter. Dengan demikian, laju gelombang tidak terasa oleh kapal yang sedang berada di tengah laut. Ketika mendekati pantai, kecepatan gelombang tsunami menurun hingga sekitar 30 km per jam, namun ketinggiannya sudah meningkat hingga mencapai puluhan meter. Hantaman gelombang Tsunami bisa masuk hingga puluhan kilometer dari bibir pantai. Kerusakan dan korban jiwa yang terjadi karena Tsunami bisa diakibatkan karena hantaman air maupun material yang terbawa oleh aliran gelombang tsunami.

Tsunami (bahasa Jepun ombak besar di pelabuhan, Kunrei-shiki Tsunami), sering kali disalah takrifkan sebagai gelombang pasang surut (tidal wave), merupakan satu siri ombak yang berlaku selepas gempa bumi (dalam laut), tanah runtuh, aktiviti gunung berapi, letupan, atau hentaman meteor dalam atau berhampiran laut. Tenaga setiap tsunami adalah tetap, fungsi ketinggiannya dan kelajuannya. Dengan itu, apabila gelombang menghampiri pantai, ketinggiannya meningkat sementara kelajuannya menurun. Gelombang tersebut bergerak pada kelajuan tinggi, hampir tidak disedari apabila melintasi air dalam, tetapi meningkat kepada ketinggian 30 meter atau lebih.
Tsunami boleh menyebabkan kerosakan teruk pada kawasan persisiran pantai dan kepulauan. Kebanyakan bandar di sekitar Lautan Pasifik, terutamanya di Jepun tetapi juga di Hawaii, mempunyai sistem amaran dan prosedur pemindahan sekiranya tsunami yang serius berlaku. Tsunami boleh dijangka dengan pelbagai institusi seismologi di sekeliling dunia dan perkembangannya dipantau melalui satelit. Bukti menunjukkan tidak mustahil berlakunya megatsunami, yang disebabkan oleh sebahagian besar pulau mendak ke dalam laut. Kini, lebih ramai orang dibunuh oleh tsunami daripada gempa bumi.


Apa itu Tsunami?
Istilah Tsunami menerangkan satu siri ombak lautan yang panjang yang terbentuk selepas sejumlah isipadu air dipindahkan secara tiba-tiba. Tsunami adalah daripada perkataan Jepun, dan apabila disalinkan ke Inggeris, ia bermaksud Harbor (tsu) wave (nami). Istilah ini pada mulanya digunakan oleh nelayan Jepun untuk menerangkan kemusnahkan yang dilakukan ombak besar yang mana boleh menghapuskan seluruh kawasan pengkalan kapal. Yang anehnya mereka tidak mengalami sedikit pun kesan Tsunami pada bot-bot mereka di laut.

Tsunami-tsunami adalah ombak-ombak mempunyai ciri-ciri pergerakan yang pantas, kadang-kadang mempunyai ketinggian ombak yang tinggi, dan jarak ombak panjang oleh itu tsunami-tsunami adalah seharusnya ombak-ombak raksasa.
Dalam lautan dalam, tsunami-tsunami jarang dirasakan kerana mereka ditutupi oleh kebesaran atau keluasan lautan yang lainnya. Walau bagaimanapun, Tsunami-tsunami memang boleh menghancurkan apabila jarak jauh di bawah lautan semakin kurang apabila menuju ke darat. Kelajuan pergerakan tsunami juga merupakan suatu ciri yang hebat. Tsunami boleh bergerak di sepanjang lautan dengan pantas, biasanya dari 500 ke 1000 kilometer sejam, dengan tenaganya yang agak konsisten dan agak sukar kelihatan dilaut. Ini adalah sebabnya, mengapa tsunami dihasilkan dari satu kawasan dan boleh memberi kesan ke kawasan-kawasan yang beribu-ribu kilometer jauhnya.
Dengan kejadian tsunami yang terbaru di Selatan Asia, pusat permulaan tsunami hanya terdapat dipantai Indonesia, dan tetapi tsunami yang menuju ke Timur Afrika mempunyai kekuatan yang sama iaitu selepas 14 jam. Asia Tenggara dilanda. Jarak ombak (jarak diantara puak ombak) tsunami boleh mencapi lebih 100 kilometer dan lebih. Ini bermaksud apabila tsunami yang awal memukul pantai, ombak yang kedua mungkin tidak berlaku sehingga ke sejam kemudiannya. Inilah satu bahagian kewujudan bahaya-bahaya tsunami.
Dengan kejadian terbaru tsunami di Selatan Asia, ramai individu-individu terbunuh dengan ombak yang awal. Walaubagaimanapun, lebih ramai kematian telah berlaku apabila ombak tsunami kedua melanda tempat yang sama dimana ramai orang, kira-kira sejam selepas ombak pertama, berkejar balik ke pantai untuk menolong mereka yang masih hidup.
Apabila tsunami melepasi lautan dalam dan bergerak menuju ke tempat kawasan air cetek dipantai, berlaku seperti ombak biasa, hanya ia bergerak dengan kepantasan yang nyata dan bertenaga dengan jarak panjang ombaknya. Tsunami bergerak perlahan disebabkan oleh kawasan air yang cetek, tetapi itu juga membuat air?bertimbun? untuk menambahkan ketinggian tsunami. Pada masa ia sampai di darat, ketinggian tsunami boleh menjadi kelihatan mengerikan (ada yang boleh mencapai setinggi 30 meter) dan kesannya boleh hampir sama dahsyat pukulan pantai dengan jumlah tenaga yang begitu kuat.
Tsunami boleh menghakis pasir dari pantai-pantai, menghapuskan pokok-pokok, dan juga boleh memusnahkan sama sekali seluruh pekan-pekan seperti yang terjadi pada bencana tsunami di Selatan Asia. Satu istilah yang biasa digunakan untuk menerangkan tsunami-tsunami ialah “tidal wave”. Ini telah digunakan kerana kekencangan tsunami-tsunami yang boleh dilihat hampir sama dengan ombak yang cepat.


Menurut “Oceanographers” istilah penggunaan “tidal wave” adalah tidak tepat kerana tsunami-tsunami tidak ada kaitan dengan air pasang atau surut dalam apapun turun dan naik keadaan air laut disebabkan oleh tarikan graviti matahari dan bulan, di mana kemasukan dan keluar boleh diramal secara tepat. Tsunami merupakan satu phenomena yang jarang, yang disebabkan oleh peralihan jumlah isipadu air dan menyatakan dengan sendirinya dalam bentuk siri ombak-ombak raksasa


Apa Penyebab Tsunami?
Tsunami-tsunami adalah siri ombak-ombak yang terlalu panjang yang mana terbentuk selepas sejumlah besar isipadu air dialihkan. Tetapi apa itu isipadu besar? Dan bagaimana ia dipindahkan? Walaupun tidak ada pengiraan isipadu air yang menjadi kuantiti standard yang akan menghasilkan tsunami, jumlah yang dipindahkan mesti cukup penting untuk menghasilkan ombak-ombak di bawah lautan luas.

Ombak-ombak terbentuk apabila pindahan jumlah air yang besar bergerak dibawah pengaruh graviti untuk mendapat kembali equilibrium dan menyemarak sepanjang lautan seperti pergerakan pada permukaan air yang dipuput angin atas kolam. Lebih besar isipadu perpindahan, lebih besarlah ombak yang akan dihasilkan. Sacara amnya, tsunami boleh dihasilkan dengan empat cara seperti berikut:-


1. Gempa Bumi di Dasar Laut

2. Tanah Runtuh

3. Gunung Berapi

4. Extraterrestrial Collision




PUNCA TSUNAMI

Ombak laut kebiasaannya di sebabkan oleh pergerakan angin yang menghasilkan ombak yang menghempas ke pantai, tetapi gelombang tsunami merupakan gelombang laut yang teramat kuat yang terhasil oleh letupan gunung berapi, tanah runtuh bawah laut, gempa bumi, dan hentaman oleh asteroid atau komet pada permukaan laut.

Gelombang tsunami mampu bergerak sejauh seribu batu merentasi lautan dan masih mampu menghancurkan bandar berhampiran laut, memusnahkan dan mengakibatkan kehilangan nyawa yang tidak terkira jumlahnya. Gelombang tsunami yang menyebabkan kehilangan jiwa paling ramai direkodkan berlaku selepas letupan gunung berapi Krakatoa pada tahun 1883. Dianggarkan seramai 36,000 people mati disebabkan letupan tersebut yang menghasilkan ombak setinggi 12 tingkat bangunan. Kebanyakannya disebabkan oleh ombak tsunami yang melanda perkampungan persisiran pantai, sejauh sehingga 120 kilometer dari gunung berapi Krakatoa di Selat Sunda Indonesia.

Selain itu jiwa yang terkorban akibat tsunami di Indonesia adalah seperti berikut, 19 Ogos 1977 tsunami di daerah Sumba mengorbankan seramai 189 nyawa. 12 Disember 1992 di daerah Flores, gelombang tsunami mengorbankan 2,100 nyawa dan pada 3 Jun 1994 bencana tsunami melandaa daerah Banyuwangi mengorbankan seramai 208 orang.

Hentaman komet atau asteroid juga mampu menyebabkan tsunami gergasi. Walaupun tiada sesiapa pernah melihatnya, simulasi komputer menunjukkan bahawa gelombang tsunami gergasi yang mampu menghapuskan pencakar langit Manhattan boleh dan sudah tentunya pernah berlaku pada masa lalu.

Menurut Pakar sains di Los Alamos National Laboratory di New Mexico menjangka sekiranya asteroid sebesar tiga batu lebar menghentam pertengahan lautan Atlantik, gelombang tsunami akan menengelamkan Pantai Barat atas sehingga Pergunungan Appalachian dan menengelamkan persisiran Perancis dan Portugis.


Bagaimana tsunami terhasil?

Punca utama gelombang tsunami adalah pergerakan muka bumi dasar laut yang berpunca daripada gempa bumi dasar laut. Gempa bumi tsunami berlaku pada zon terbenam "subduction zones" di mana kepingan kerak bumi atau "lithosphere" yang dikenali sebagai plak tetonik bertembung sesama sendiri menyebabkan satu daripadanya terbenam di bawah yang satu lagi. Terdapat zon terbenam "subduction zones" di pinggir negara Chile, Nicaragua, Mexico, dan Indonesia yang mencetuskan tsunamis pembunuh dalam tempoh 100 tahun lalu. Di lautan Pasifik, terdapat rekod 17 tsunami dari tahun 1992 sehingga 1996 yang bertanggungjawab mengakibatkan kehilangan 1,700 nyawa. Negara Indonesia terdedah kepada bencana alam disebabkan kedudukannya yang merupakan pertembungan 3 plat tetonik, iaitu kepingan Euro-Asia, kepingan Indo-Australia dan kepingan Pasifik. Selain ketiga kepingan yang besar itu, Indonesia juga menjadi pertemuan plak tetonik dengan skala kecil seperti kepingan Filipina.

Apabila kepingan kerak bumi terbenam kedasar, pergerakannya bergerak tersekat-sekat, melekat sekejap sebelum tergelincir. Apabila ia terlekat pada tebing benua, tekanan terhasil. Apabila kawasan yang terlekat terbebas, sebahagian daripada dasar laut mungkin melantun naik seperti papan anjal, ketika tekanan terbebas; sementara bahagian lain mungkin tenggelam. Seketika selepas gempa bumi, air yang tertolak membentuk gelombang dan tsunami pun terhasil.

Zon terbenam "subduction zones" terdapat di seluruh dunia, tetapi lokasi yang paling dikenali adalah di sepanjang lingkaran Cincin Api Pasifik. "Pacific Ring of Fire". Lingkaran Cincin Api Pasifik merupakan sempadan pertembungan antara dua plak tetonik. Lingkaran Cincin Api Pasifik terletak sepanjang pantai barat Tengah dan Selatan Amerika, Jepun, dan Filipina, merentasi New Zealand, ke lautan Atlantik. Gunung berapi juga wujud di tengah laut sepanjang rabung laut. Rabung Tengah Atlantik merupakan contoh gunung berapi dasar laut. Apabila gunung berapi dasar laut ini meletus, ia mampu menghasilkan gelombang tsunami.
Dalam lautan lepas, gelombang tsunami mencecah kelajuan 500 batu sejam, selaju jet penumpang. Tetapi di lautan lepas, gelombang tsunami itu tidak dapat dibezakan dengan ombak biasa. Di lautan dalam, ombak tersebar dan merunduk, dengan jarak beratus batu antara puncak ombak yang hanya kelihatan beberapa kaki tinggi. Tetapi sebenarnya, puncak gelombang tsunami hanyalah hujung jisim air menggunung yang bergerak. Berbeza dengan ombak yang disebabkan oleh angin yang berkesan pada lapisan atas air, gelombang tsunami terbenam sehingga beribu kaki di dalam laut.

Oleh kerana pergerakan ombak begitu kuat, dan sifat pedam air, gelombang tsunami mampu bergerak beribu batu dan kehilangan hanya sedikit tenaga. Sebagai contoh, gelombang tsunami yang disebabkan oleh gempa bumi di persisiran Chili pada tahun 1960 menghasilkan gelombang tsunami yang mempunyai cukup tenaga untuk membunuh 150 di Jepun setelah bergerak selama 22 jam sejauh 10,000 batu. Gelombang tsunami tersebut kemudiannya berulang-alik menyeberangi lautan selama beberapa hari.

Apabila gelombang tsunami sampai kepantai, ia menjadi perlahan disebabkan dasar laut menjadi cetek, dan kehilangan laju ini diiringi oleh peningkatan dalam ketinggian ombak. Ombak tersebut terhimpit antara satu sama lain seperti akordian dan meningkat naik. Bergantung kepada jenis punca gelombang tsunami itu, gelombang tsunami boleh menyebabkan air laut surut menyebabkan ikan tertinggal di dasar lautan. Ini menarik orang ramai untuk berkumpul melihat keadaan ini sebelum gelombang tsunami menghentam menyebabkan kematian mereka.

Gelombang tsunami juga mampu melanda dengan tiba-tiba tanpa sebarang amaran. Gelombang tsunami yang melanda tidak bergulong dikemuncak seperti ombak biasa. Mereka yang terselamat menggambarkan gelombang tsunami sebagai dinding air yang gelap. Ombak gergasi tsunami yang terdiri daripada jisim air yang menggunung ini akan menghentam ke pantai dan menenggeamkan kawasan persisiran, menumbangkan pokok seperti ranting kering, merobohkan tembok batu, dan rumah api, dan memusnahkan bangunan seperti bangunan permainan.

Bentuk permukaan dasar laut seperti berbentuk parit, dan persisiran pantai memainkan peranan penting dalam menentukan jenis glombang tsunami yang terhasil, kadang kala dengan keputusan yang mengejut dan merbahayakan pada tahun 1993, satu glombang tsunami menghentam bandar, di Jepun, ombak purata setinggi 15 hingga 20 meter (50 - 65 kaki). Tetapi pada suatu tempat, ombah tertumpu oleh bentuk 'V' memampatkan ombak dalam ruang yang semakin sempit dan akhirnya menghasilkan gelombang tsunami setinggi 32 meter (90 kaki) dari aras laut, setinggi bangunan 8 tingkat.



Sejarah Kejadian Tsunami

Fenomena yang dikenali sebagai tsunami ini merupakan sekumpulan ombak besar dan biasanya disebabkan oleh ketidakstabilan aktiviti di dalam laut. Apabila berlaku perubahan air laut yang secara tiba-tiba atau berlakunya pergerakan plat lautan yang turun naik disebabkan oleh gempa bumi maka terbentuklah tsunami yang terjadi akibat daripada desakan graviti. Ombak yang bergerak ini amat merbahaya dan boleh mengakibatkan kerosakan yang tidak terhingga apabila menghempas ke pantai. Perkataan tsunami berasal dari perkataan Jepun yang bermaksud ombak pelabuhan. Pembentukan tsunami tidak berkaitan langsung dengan bidang astronomi yang mana boleh dikaitkan dengan pergerakan planet, bulan dan matahari. Selain dari gempa bumi, tsunami juga disebabkan oleh letupan gunung berapi, tanah runtuh di bawah laut dan beberapa kejadian yang lain.

Sejarah Tsunami Dunia

Yucatan Peninsula, Meksiko (65 Juta SM)
Berdasarkan peninggalan dan jejak yang ditemukan, kira-kira 65 juta tahun yang lalu, di akhir masa Cretaceous, telah terjadi tumbukan meteorit besar di daerah Yucatan Peninsula, Meksiko. Jejak yang ditinggalkan kira-kira sepanjang teluk Meksiko dan AS. oleh karena itu sang meteorit mungkin boleh jadi seluas Washington DC.
Sementara peninggalan yang hingga kini masih bisa dilihat adalah beberapa bongkah batu pasir di puncak bukit di wilayah Arkansas. Terletak sekitar 120 Km sebelah Timur Laut Little Rock.
Santorini, Yunani (1650-1600 SM)
Perlu diketahui bahawa Santorini adalah Pulau Vulkanik di Laut Aegean, sekitar 75 km sebelah Tenggara Yunani. Antara tahun 1650 dan 1600 SM, gunung di sini dikhabarkan meletus dan memicu Tsunami setinggi 100-150 m. Hempasannya menghancurkan pesisir utara Pulau Kreta sejauh 70 km, termasuk Armada Minoan di sepanjang pantai utara Pulau Kreta.
Lisbon, Portugal (1755)

Gempa tersebut memicu tsunami di Samudra Atlantik. Sedemikian hebatnya sampai menyebabkan kebakaran di berbagai daerah. Korban tewas mencapai 100.000 orang atau lebih dari sepertiga penduduk Lisbon.
Bencana ini untukpertama kalinya meninggalkan catatan mengenai fenomena yang berkaitan dengan banyak binatang. Mereka diduga merasakan bahaya dan berhamburan sebelum tsunami datang.



Krakatau, Indonesia (26 Agustus 1883)


Krakatau dulunya merupakan Pulau Vulkanik di Selat Sunda. Pada tanggal 26 Agustus 1883 pulau ini meletus dan menimbulkan bencana yang luar biasa. Letusannya diperkirakan setara dengan 200 megaton TNT sehingga sebagian pulau hancur, bahkan lenyap dari permukaan laut. Tsunami yang terjadi diperkiran sangat dasyat dengan tinggi gelombang lebih dari 40 meter. korban tewas akibat letusan ini sekitar 36 ribu jiwa, tapi yang tewas akibat tsunaminya tidak diketahui. Tsunami yang terjadi menjalar sampai ke daratan Jawa dan Sumatra, bahkan mencapai wilayah Samudra Hindia, Pasifik, Amerika Utara, pesisir barat AS, serta terusan Inggeris.

Jepang (1605-1993)
Jepang merupakan daerah yang paling sering terjadi tsunami, berikut catatannya,
1605
menghantam Nankaido, menewaskan 5.000 orang
1703
menerpa Awa, melelan sekitar 100 ribu orang
di tahun yang sama juga menerjang daerah Tokaido-Kashima, menewaskan 5.233 orang.
1707
menerjang daerah Tokaido-Nankaido, menewaskan 30 ribu orang
1771
menghantam daerah Ryukyu, menewaskan 13.486 orang
1792
menghantam barat daya Kyusu, menewaskan 15 ribu orang
1829
tidak diketahui menerjang daerah mana tetapi menewaskan 27 ribu orang
1896
Menerjang Sanriku kurang lebih 20.000 orang tewas dalam peristiwa ini
1933
Menghantam Sanriku menewaskan 3.008 orang
1960
Menyapu Onagawa, menewaskan 122 orang
1993
Menerjang Okushiri, menelan korban 202 orang.









Bagaimana gempa bumi menghasilkan Tsunami?


Setakat ini, tsunami dihasilkan oleh gempa bumi yang berlaku di dasar lautan. Ia selalunya muncul di sempadan bumi yang terdiri daripada plat-plat tektonik. Apabila plat-plat ini bertembung di antara satu sama lain, ia akan menyebabkan gempa bumi berlaku yang mana akan berlaku perubahan pada permukaan laut dari hanya beberapa kilometer kepada lebih 1,000 kilometer. Kejadian ini menyebabkan gangguan terhadap permukaan lautan, dan menghasilkan ombak tsunami yang besar.


Gempa bumi terhasil dalam lautan dalam mengakibatkan tekanan air surut dari permukaan bumi







Dimana dan Bagaimana Tsunami Terhasil?

Tsunami boleh dihasilkan dimana-mana sahaja didunia ini samada di lautan, laut pedalaman dan lain-lain lagi. Setiap benua di dunia ini mempunyai kadar frekuensi dan bentuknya yang tersendiri dalam menghasilkan tsunami samada kecil atau besar. Kebanyakan tsunami terjadi di Lautan Pasifik yang meliputi satu pertiga daripada permukaan bumi dan dikelilingi oleh banjaran-banjaran bersambungan, lembangan lautan dalam dan lengkungan pulau yang dikenali sebagai lingkaran berapi dimana kebanyakan gempa bumi berlaku di situ.

2004 Asia Selatan dan Afrika Timur

1998 Papua New Guinea

1976 Filippina

1964 Pantai Barat Amerika Utara

1960 Chile dan Negara-Negara di Pacifik

1896 Jepun

1883 Indonesia

1755 Portugal dan Europah



KESIMPULAN

Kesimpulannya,kita haruslah sentiasa bersedia dalam apa sahaja keadaan yang bakal berlaku.Apabila bencana tsunami datang,cubalah kita jangan panik.Jangan jadikan gelombang tsunami itu sebagai tontonan.Apabila gelombang tsunami terlihat,bermakna kita dalam keadaan bahaya.



BIBLIOGRAFI

*Majalah Angkasa edisi Spesial Tsunami the Deadliest Wave, Hak Cipta Terpelihara,Perpustakaan Negara Malaysia ( 2005)
*http://tsunami.pnm.my/main.php

No comments:

Post a Comment