Sunday, March 27, 2011

KONTEST 'TIME GUESS'

8.18
nama contest ini ialah "Time Guess".
sebuah jam telah di gabung dengan banyak layer, s0 tugas anda untuk MENEKA apakah waktu sebenar jam tersebut.
Ibnushukran tidak akan melakukan sebarang penipuan tentang masa sebenar jam tersebut.
syaratnya adalah seperti berikut :

1. Syarat pertama ialah menjadi follower sy.
IBNUSHUKRAN: "TIME GUESS CONTEST"

2. Kedua ialah membuat entri mengenai ini beserta jawapan.
cnth jawapan : 8.18
tajuk entri ialah IBNUSHUKRAN: "TIME GUESS CONTEST"
. Di dalam entri anda dikehendaki meletakkan banner "TIME GUESS"
dan link ke blog ini .
Kalau nk letak kt sidebar lagi sy amat hargainya.


3. Ketiga ialah tag at least 3 orang dan pastikan dia tahu.


4. Keempat ialah tinggalkan link anda di post comment.

itu sahaja.. senangkan kawan2.. hehe
hadiah akan diumum kemudian
sekarang ni rahsia dlu k !!!.. (tenga pikir lagi ni)... hehehe
jangan risau c0z hadiah akan diberi kepada 3 pemenang yang meneka dengan tepat atau jika tiada, sy akn memilih yang paling hampir.
jika ramai pemenang, cabutan bertuah akan dijalankan.
adil kan.. hehe
InsyaAllah anda akan menang.. :)
pembayang: (jam dikiri mata,minit dikanan mata)
the time is 8.18

saya tag: leng-leng
: mimie
: nurul
: putri malu

Tarikh tutup : 20/4/2011

HADIA-HADIA IALAH ***JUST CLIK SINI YAAA***

KONTEST ORANG LIDI~~~


Syarat penyertaan :


warganegara Malaysia. supaya senang kitorang nak deliver hadiah.
ada blogger account so that korang WAJIB follow ketiga-tiga penganjur. haipp, jangan malas nak follow. ingat, post entry dekat blog, kalau tulis note kat fesbuk, sumpah kitorang tak layan, HAHA.
tulis entry pasal contest. sebaris ayat pun boleh. tag 3 orang kawan dan pastikan mereka tahu. kalau tak tahu, cakap kat saya biar saya tolong bagitahu, HAHA.
lukis orang lidi sekretip mungkin. background segala. lukis comel-comel beserta dialog. setakat tulis dialog 'hoi hoi' atau 'hai hai' pun boleh. tapi kalau kau buat jugak dialog macam tu, memang nak makan pelempang, HAHA.
letak banner di atas tu dekat side bar korang.
hantar link entry penyertaan kat entry contest ni. tak kesahlah anda nak hantar dekat Sab ke, Sara ke, saya ke. ikut pilihan hati. kalau susah nak decide, sila baling buah dadu. tapi ingat, mesti follow kitorang bertiga tau! insyaAllah kami follow back.
closing date 1st May tahun depan, HAHA tipu. 2011 only and only.

Hoi hoi, senang je kan kan. hadiah dia nak tahu? ee, tak aci. join contest tak ikhlas, nak menang je eyh korang? HAHA kidding!


1st place : RM 30 + special doodle + blog akan direview di sticky post selama seminggu.
2nd place : RM 20 + special doodle + blog akan direview di sticky post selama seminggu.
3rd place : RM 10 + special doodle + blog akan direview di sticky post selama seminggu.
5 hadiah saguhati : special doodle + blog akan direview di post biasa.
yang pengalah tu, blog mereka mungkin akan direview sahaja.


RM tu boleh pilih nak cash or topup. kalau 8 orang je join, saya merajuk tak nak post apa-apa lagi, HAHA. lukis orang lidi tu, guna paint boleh, adobe boleh. iye, guna powerpoint pun takpe, HAHA. 2D boleh, 3D boleh. **copyright http://theuglyreality-hanisa.blogspot.com

TARIK TUTUP 1 MAY 2011


HAHAHAHA..LAA ORG LIDI SAYA..OPPSSSSS....

NOTE : This Picture Org lidi Credit to contest Org Lidi Berkata By Sairah Sarah ,Hanisa Sabrina dan Syud Wada

DAN JUGA ~~~ TAG KEPADA LENG-LENG mimie dan shenn

Friday, March 25, 2011

CERITA TSUNAMI

Pendahuluan




Maksud Tsunami diambil dalam istilah bahasa Jepun iaitu ombak besar.Tsunami pertama kali melanda pada 26 Desember2004. Tsunami telah melanda kebanyakan persisiran pantai dan kepulauan. Tsunami lebih banyak mengorbankan mangsa-mangsa berbanding dengan bencana lain. Tsunami boleh dihasilkan dengan pelbagai cara dengan mengabungkan bencana-bencana yang lain. Bencana ini amat mengerunkan semua penghuni bumi.Tsunami boleh dihasilkan dimana-mana sahaja didunia ini samada di lautan, laut pedalaman dan lain-lain lagi.
Perubahan permukaan laut tersebut bisa disebabkan oleh gempa bumi yang berpusat di bawah laut, letusan gunung berapi bawah laut, longkor bawah laut, atau atau hantaman meteor di laut. gelombang dapat merambat ke segala arah.tenaga yang dikandung dalam g tsunami adalah tetap terhadap fungsi ketinggian dan kelajuannya. Di laut dalam,gelombang tsunami dapat merambat dengan kecepatan 500-1000 km per jam. Setara dengan kecepatan pesawat terbang. Ketinggian gelombang di laut dalam hanya sekitar 1 meter. Dengan demikian, laju gelombang tidak terasa oleh kapal yang sedang berada di tengah laut. Ketika mendekati pantai, kecepatan gelombang tsunami menurun hingga sekitar 30 km per jam, namun ketinggiannya sudah meningkat hingga mencapai puluhan meter. Hantaman gelombang Tsunami bisa masuk hingga puluhan kilometer dari bibir pantai. Kerusakan dan korban jiwa yang terjadi karena Tsunami bisa diakibatkan karena hantaman air maupun material yang terbawa oleh aliran gelombang tsunami.

Tsunami (bahasa Jepun ombak besar di pelabuhan, Kunrei-shiki Tsunami), sering kali disalah takrifkan sebagai gelombang pasang surut (tidal wave), merupakan satu siri ombak yang berlaku selepas gempa bumi (dalam laut), tanah runtuh, aktiviti gunung berapi, letupan, atau hentaman meteor dalam atau berhampiran laut. Tenaga setiap tsunami adalah tetap, fungsi ketinggiannya dan kelajuannya. Dengan itu, apabila gelombang menghampiri pantai, ketinggiannya meningkat sementara kelajuannya menurun. Gelombang tersebut bergerak pada kelajuan tinggi, hampir tidak disedari apabila melintasi air dalam, tetapi meningkat kepada ketinggian 30 meter atau lebih.
Tsunami boleh menyebabkan kerosakan teruk pada kawasan persisiran pantai dan kepulauan. Kebanyakan bandar di sekitar Lautan Pasifik, terutamanya di Jepun tetapi juga di Hawaii, mempunyai sistem amaran dan prosedur pemindahan sekiranya tsunami yang serius berlaku. Tsunami boleh dijangka dengan pelbagai institusi seismologi di sekeliling dunia dan perkembangannya dipantau melalui satelit. Bukti menunjukkan tidak mustahil berlakunya megatsunami, yang disebabkan oleh sebahagian besar pulau mendak ke dalam laut. Kini, lebih ramai orang dibunuh oleh tsunami daripada gempa bumi.


Apa itu Tsunami?
Istilah Tsunami menerangkan satu siri ombak lautan yang panjang yang terbentuk selepas sejumlah isipadu air dipindahkan secara tiba-tiba. Tsunami adalah daripada perkataan Jepun, dan apabila disalinkan ke Inggeris, ia bermaksud Harbor (tsu) wave (nami). Istilah ini pada mulanya digunakan oleh nelayan Jepun untuk menerangkan kemusnahkan yang dilakukan ombak besar yang mana boleh menghapuskan seluruh kawasan pengkalan kapal. Yang anehnya mereka tidak mengalami sedikit pun kesan Tsunami pada bot-bot mereka di laut.

Tsunami-tsunami adalah ombak-ombak mempunyai ciri-ciri pergerakan yang pantas, kadang-kadang mempunyai ketinggian ombak yang tinggi, dan jarak ombak panjang oleh itu tsunami-tsunami adalah seharusnya ombak-ombak raksasa.
Dalam lautan dalam, tsunami-tsunami jarang dirasakan kerana mereka ditutupi oleh kebesaran atau keluasan lautan yang lainnya. Walau bagaimanapun, Tsunami-tsunami memang boleh menghancurkan apabila jarak jauh di bawah lautan semakin kurang apabila menuju ke darat. Kelajuan pergerakan tsunami juga merupakan suatu ciri yang hebat. Tsunami boleh bergerak di sepanjang lautan dengan pantas, biasanya dari 500 ke 1000 kilometer sejam, dengan tenaganya yang agak konsisten dan agak sukar kelihatan dilaut. Ini adalah sebabnya, mengapa tsunami dihasilkan dari satu kawasan dan boleh memberi kesan ke kawasan-kawasan yang beribu-ribu kilometer jauhnya.
Dengan kejadian tsunami yang terbaru di Selatan Asia, pusat permulaan tsunami hanya terdapat dipantai Indonesia, dan tetapi tsunami yang menuju ke Timur Afrika mempunyai kekuatan yang sama iaitu selepas 14 jam. Asia Tenggara dilanda. Jarak ombak (jarak diantara puak ombak) tsunami boleh mencapi lebih 100 kilometer dan lebih. Ini bermaksud apabila tsunami yang awal memukul pantai, ombak yang kedua mungkin tidak berlaku sehingga ke sejam kemudiannya. Inilah satu bahagian kewujudan bahaya-bahaya tsunami.
Dengan kejadian terbaru tsunami di Selatan Asia, ramai individu-individu terbunuh dengan ombak yang awal. Walaubagaimanapun, lebih ramai kematian telah berlaku apabila ombak tsunami kedua melanda tempat yang sama dimana ramai orang, kira-kira sejam selepas ombak pertama, berkejar balik ke pantai untuk menolong mereka yang masih hidup.
Apabila tsunami melepasi lautan dalam dan bergerak menuju ke tempat kawasan air cetek dipantai, berlaku seperti ombak biasa, hanya ia bergerak dengan kepantasan yang nyata dan bertenaga dengan jarak panjang ombaknya. Tsunami bergerak perlahan disebabkan oleh kawasan air yang cetek, tetapi itu juga membuat air?bertimbun? untuk menambahkan ketinggian tsunami. Pada masa ia sampai di darat, ketinggian tsunami boleh menjadi kelihatan mengerikan (ada yang boleh mencapai setinggi 30 meter) dan kesannya boleh hampir sama dahsyat pukulan pantai dengan jumlah tenaga yang begitu kuat.
Tsunami boleh menghakis pasir dari pantai-pantai, menghapuskan pokok-pokok, dan juga boleh memusnahkan sama sekali seluruh pekan-pekan seperti yang terjadi pada bencana tsunami di Selatan Asia. Satu istilah yang biasa digunakan untuk menerangkan tsunami-tsunami ialah “tidal wave”. Ini telah digunakan kerana kekencangan tsunami-tsunami yang boleh dilihat hampir sama dengan ombak yang cepat.


Menurut “Oceanographers” istilah penggunaan “tidal wave” adalah tidak tepat kerana tsunami-tsunami tidak ada kaitan dengan air pasang atau surut dalam apapun turun dan naik keadaan air laut disebabkan oleh tarikan graviti matahari dan bulan, di mana kemasukan dan keluar boleh diramal secara tepat. Tsunami merupakan satu phenomena yang jarang, yang disebabkan oleh peralihan jumlah isipadu air dan menyatakan dengan sendirinya dalam bentuk siri ombak-ombak raksasa


Apa Penyebab Tsunami?
Tsunami-tsunami adalah siri ombak-ombak yang terlalu panjang yang mana terbentuk selepas sejumlah besar isipadu air dialihkan. Tetapi apa itu isipadu besar? Dan bagaimana ia dipindahkan? Walaupun tidak ada pengiraan isipadu air yang menjadi kuantiti standard yang akan menghasilkan tsunami, jumlah yang dipindahkan mesti cukup penting untuk menghasilkan ombak-ombak di bawah lautan luas.

Ombak-ombak terbentuk apabila pindahan jumlah air yang besar bergerak dibawah pengaruh graviti untuk mendapat kembali equilibrium dan menyemarak sepanjang lautan seperti pergerakan pada permukaan air yang dipuput angin atas kolam. Lebih besar isipadu perpindahan, lebih besarlah ombak yang akan dihasilkan. Sacara amnya, tsunami boleh dihasilkan dengan empat cara seperti berikut:-


1. Gempa Bumi di Dasar Laut

2. Tanah Runtuh

3. Gunung Berapi

4. Extraterrestrial Collision




PUNCA TSUNAMI

Ombak laut kebiasaannya di sebabkan oleh pergerakan angin yang menghasilkan ombak yang menghempas ke pantai, tetapi gelombang tsunami merupakan gelombang laut yang teramat kuat yang terhasil oleh letupan gunung berapi, tanah runtuh bawah laut, gempa bumi, dan hentaman oleh asteroid atau komet pada permukaan laut.

Gelombang tsunami mampu bergerak sejauh seribu batu merentasi lautan dan masih mampu menghancurkan bandar berhampiran laut, memusnahkan dan mengakibatkan kehilangan nyawa yang tidak terkira jumlahnya. Gelombang tsunami yang menyebabkan kehilangan jiwa paling ramai direkodkan berlaku selepas letupan gunung berapi Krakatoa pada tahun 1883. Dianggarkan seramai 36,000 people mati disebabkan letupan tersebut yang menghasilkan ombak setinggi 12 tingkat bangunan. Kebanyakannya disebabkan oleh ombak tsunami yang melanda perkampungan persisiran pantai, sejauh sehingga 120 kilometer dari gunung berapi Krakatoa di Selat Sunda Indonesia.

Selain itu jiwa yang terkorban akibat tsunami di Indonesia adalah seperti berikut, 19 Ogos 1977 tsunami di daerah Sumba mengorbankan seramai 189 nyawa. 12 Disember 1992 di daerah Flores, gelombang tsunami mengorbankan 2,100 nyawa dan pada 3 Jun 1994 bencana tsunami melandaa daerah Banyuwangi mengorbankan seramai 208 orang.

Hentaman komet atau asteroid juga mampu menyebabkan tsunami gergasi. Walaupun tiada sesiapa pernah melihatnya, simulasi komputer menunjukkan bahawa gelombang tsunami gergasi yang mampu menghapuskan pencakar langit Manhattan boleh dan sudah tentunya pernah berlaku pada masa lalu.

Menurut Pakar sains di Los Alamos National Laboratory di New Mexico menjangka sekiranya asteroid sebesar tiga batu lebar menghentam pertengahan lautan Atlantik, gelombang tsunami akan menengelamkan Pantai Barat atas sehingga Pergunungan Appalachian dan menengelamkan persisiran Perancis dan Portugis.


Bagaimana tsunami terhasil?

Punca utama gelombang tsunami adalah pergerakan muka bumi dasar laut yang berpunca daripada gempa bumi dasar laut. Gempa bumi tsunami berlaku pada zon terbenam "subduction zones" di mana kepingan kerak bumi atau "lithosphere" yang dikenali sebagai plak tetonik bertembung sesama sendiri menyebabkan satu daripadanya terbenam di bawah yang satu lagi. Terdapat zon terbenam "subduction zones" di pinggir negara Chile, Nicaragua, Mexico, dan Indonesia yang mencetuskan tsunamis pembunuh dalam tempoh 100 tahun lalu. Di lautan Pasifik, terdapat rekod 17 tsunami dari tahun 1992 sehingga 1996 yang bertanggungjawab mengakibatkan kehilangan 1,700 nyawa. Negara Indonesia terdedah kepada bencana alam disebabkan kedudukannya yang merupakan pertembungan 3 plat tetonik, iaitu kepingan Euro-Asia, kepingan Indo-Australia dan kepingan Pasifik. Selain ketiga kepingan yang besar itu, Indonesia juga menjadi pertemuan plak tetonik dengan skala kecil seperti kepingan Filipina.

Apabila kepingan kerak bumi terbenam kedasar, pergerakannya bergerak tersekat-sekat, melekat sekejap sebelum tergelincir. Apabila ia terlekat pada tebing benua, tekanan terhasil. Apabila kawasan yang terlekat terbebas, sebahagian daripada dasar laut mungkin melantun naik seperti papan anjal, ketika tekanan terbebas; sementara bahagian lain mungkin tenggelam. Seketika selepas gempa bumi, air yang tertolak membentuk gelombang dan tsunami pun terhasil.

Zon terbenam "subduction zones" terdapat di seluruh dunia, tetapi lokasi yang paling dikenali adalah di sepanjang lingkaran Cincin Api Pasifik. "Pacific Ring of Fire". Lingkaran Cincin Api Pasifik merupakan sempadan pertembungan antara dua plak tetonik. Lingkaran Cincin Api Pasifik terletak sepanjang pantai barat Tengah dan Selatan Amerika, Jepun, dan Filipina, merentasi New Zealand, ke lautan Atlantik. Gunung berapi juga wujud di tengah laut sepanjang rabung laut. Rabung Tengah Atlantik merupakan contoh gunung berapi dasar laut. Apabila gunung berapi dasar laut ini meletus, ia mampu menghasilkan gelombang tsunami.
Dalam lautan lepas, gelombang tsunami mencecah kelajuan 500 batu sejam, selaju jet penumpang. Tetapi di lautan lepas, gelombang tsunami itu tidak dapat dibezakan dengan ombak biasa. Di lautan dalam, ombak tersebar dan merunduk, dengan jarak beratus batu antara puncak ombak yang hanya kelihatan beberapa kaki tinggi. Tetapi sebenarnya, puncak gelombang tsunami hanyalah hujung jisim air menggunung yang bergerak. Berbeza dengan ombak yang disebabkan oleh angin yang berkesan pada lapisan atas air, gelombang tsunami terbenam sehingga beribu kaki di dalam laut.

Oleh kerana pergerakan ombak begitu kuat, dan sifat pedam air, gelombang tsunami mampu bergerak beribu batu dan kehilangan hanya sedikit tenaga. Sebagai contoh, gelombang tsunami yang disebabkan oleh gempa bumi di persisiran Chili pada tahun 1960 menghasilkan gelombang tsunami yang mempunyai cukup tenaga untuk membunuh 150 di Jepun setelah bergerak selama 22 jam sejauh 10,000 batu. Gelombang tsunami tersebut kemudiannya berulang-alik menyeberangi lautan selama beberapa hari.

Apabila gelombang tsunami sampai kepantai, ia menjadi perlahan disebabkan dasar laut menjadi cetek, dan kehilangan laju ini diiringi oleh peningkatan dalam ketinggian ombak. Ombak tersebut terhimpit antara satu sama lain seperti akordian dan meningkat naik. Bergantung kepada jenis punca gelombang tsunami itu, gelombang tsunami boleh menyebabkan air laut surut menyebabkan ikan tertinggal di dasar lautan. Ini menarik orang ramai untuk berkumpul melihat keadaan ini sebelum gelombang tsunami menghentam menyebabkan kematian mereka.

Gelombang tsunami juga mampu melanda dengan tiba-tiba tanpa sebarang amaran. Gelombang tsunami yang melanda tidak bergulong dikemuncak seperti ombak biasa. Mereka yang terselamat menggambarkan gelombang tsunami sebagai dinding air yang gelap. Ombak gergasi tsunami yang terdiri daripada jisim air yang menggunung ini akan menghentam ke pantai dan menenggeamkan kawasan persisiran, menumbangkan pokok seperti ranting kering, merobohkan tembok batu, dan rumah api, dan memusnahkan bangunan seperti bangunan permainan.

Bentuk permukaan dasar laut seperti berbentuk parit, dan persisiran pantai memainkan peranan penting dalam menentukan jenis glombang tsunami yang terhasil, kadang kala dengan keputusan yang mengejut dan merbahayakan pada tahun 1993, satu glombang tsunami menghentam bandar, di Jepun, ombak purata setinggi 15 hingga 20 meter (50 - 65 kaki). Tetapi pada suatu tempat, ombah tertumpu oleh bentuk 'V' memampatkan ombak dalam ruang yang semakin sempit dan akhirnya menghasilkan gelombang tsunami setinggi 32 meter (90 kaki) dari aras laut, setinggi bangunan 8 tingkat.



Sejarah Kejadian Tsunami

Fenomena yang dikenali sebagai tsunami ini merupakan sekumpulan ombak besar dan biasanya disebabkan oleh ketidakstabilan aktiviti di dalam laut. Apabila berlaku perubahan air laut yang secara tiba-tiba atau berlakunya pergerakan plat lautan yang turun naik disebabkan oleh gempa bumi maka terbentuklah tsunami yang terjadi akibat daripada desakan graviti. Ombak yang bergerak ini amat merbahaya dan boleh mengakibatkan kerosakan yang tidak terhingga apabila menghempas ke pantai. Perkataan tsunami berasal dari perkataan Jepun yang bermaksud ombak pelabuhan. Pembentukan tsunami tidak berkaitan langsung dengan bidang astronomi yang mana boleh dikaitkan dengan pergerakan planet, bulan dan matahari. Selain dari gempa bumi, tsunami juga disebabkan oleh letupan gunung berapi, tanah runtuh di bawah laut dan beberapa kejadian yang lain.

Sejarah Tsunami Dunia

Yucatan Peninsula, Meksiko (65 Juta SM)
Berdasarkan peninggalan dan jejak yang ditemukan, kira-kira 65 juta tahun yang lalu, di akhir masa Cretaceous, telah terjadi tumbukan meteorit besar di daerah Yucatan Peninsula, Meksiko. Jejak yang ditinggalkan kira-kira sepanjang teluk Meksiko dan AS. oleh karena itu sang meteorit mungkin boleh jadi seluas Washington DC.
Sementara peninggalan yang hingga kini masih bisa dilihat adalah beberapa bongkah batu pasir di puncak bukit di wilayah Arkansas. Terletak sekitar 120 Km sebelah Timur Laut Little Rock.
Santorini, Yunani (1650-1600 SM)
Perlu diketahui bahawa Santorini adalah Pulau Vulkanik di Laut Aegean, sekitar 75 km sebelah Tenggara Yunani. Antara tahun 1650 dan 1600 SM, gunung di sini dikhabarkan meletus dan memicu Tsunami setinggi 100-150 m. Hempasannya menghancurkan pesisir utara Pulau Kreta sejauh 70 km, termasuk Armada Minoan di sepanjang pantai utara Pulau Kreta.
Lisbon, Portugal (1755)

Gempa tersebut memicu tsunami di Samudra Atlantik. Sedemikian hebatnya sampai menyebabkan kebakaran di berbagai daerah. Korban tewas mencapai 100.000 orang atau lebih dari sepertiga penduduk Lisbon.
Bencana ini untukpertama kalinya meninggalkan catatan mengenai fenomena yang berkaitan dengan banyak binatang. Mereka diduga merasakan bahaya dan berhamburan sebelum tsunami datang.



Krakatau, Indonesia (26 Agustus 1883)


Krakatau dulunya merupakan Pulau Vulkanik di Selat Sunda. Pada tanggal 26 Agustus 1883 pulau ini meletus dan menimbulkan bencana yang luar biasa. Letusannya diperkirakan setara dengan 200 megaton TNT sehingga sebagian pulau hancur, bahkan lenyap dari permukaan laut. Tsunami yang terjadi diperkiran sangat dasyat dengan tinggi gelombang lebih dari 40 meter. korban tewas akibat letusan ini sekitar 36 ribu jiwa, tapi yang tewas akibat tsunaminya tidak diketahui. Tsunami yang terjadi menjalar sampai ke daratan Jawa dan Sumatra, bahkan mencapai wilayah Samudra Hindia, Pasifik, Amerika Utara, pesisir barat AS, serta terusan Inggeris.

Jepang (1605-1993)
Jepang merupakan daerah yang paling sering terjadi tsunami, berikut catatannya,
1605
menghantam Nankaido, menewaskan 5.000 orang
1703
menerpa Awa, melelan sekitar 100 ribu orang
di tahun yang sama juga menerjang daerah Tokaido-Kashima, menewaskan 5.233 orang.
1707
menerjang daerah Tokaido-Nankaido, menewaskan 30 ribu orang
1771
menghantam daerah Ryukyu, menewaskan 13.486 orang
1792
menghantam barat daya Kyusu, menewaskan 15 ribu orang
1829
tidak diketahui menerjang daerah mana tetapi menewaskan 27 ribu orang
1896
Menerjang Sanriku kurang lebih 20.000 orang tewas dalam peristiwa ini
1933
Menghantam Sanriku menewaskan 3.008 orang
1960
Menyapu Onagawa, menewaskan 122 orang
1993
Menerjang Okushiri, menelan korban 202 orang.









Bagaimana gempa bumi menghasilkan Tsunami?


Setakat ini, tsunami dihasilkan oleh gempa bumi yang berlaku di dasar lautan. Ia selalunya muncul di sempadan bumi yang terdiri daripada plat-plat tektonik. Apabila plat-plat ini bertembung di antara satu sama lain, ia akan menyebabkan gempa bumi berlaku yang mana akan berlaku perubahan pada permukaan laut dari hanya beberapa kilometer kepada lebih 1,000 kilometer. Kejadian ini menyebabkan gangguan terhadap permukaan lautan, dan menghasilkan ombak tsunami yang besar.


Gempa bumi terhasil dalam lautan dalam mengakibatkan tekanan air surut dari permukaan bumi







Dimana dan Bagaimana Tsunami Terhasil?

Tsunami boleh dihasilkan dimana-mana sahaja didunia ini samada di lautan, laut pedalaman dan lain-lain lagi. Setiap benua di dunia ini mempunyai kadar frekuensi dan bentuknya yang tersendiri dalam menghasilkan tsunami samada kecil atau besar. Kebanyakan tsunami terjadi di Lautan Pasifik yang meliputi satu pertiga daripada permukaan bumi dan dikelilingi oleh banjaran-banjaran bersambungan, lembangan lautan dalam dan lengkungan pulau yang dikenali sebagai lingkaran berapi dimana kebanyakan gempa bumi berlaku di situ.

2004 Asia Selatan dan Afrika Timur

1998 Papua New Guinea

1976 Filippina

1964 Pantai Barat Amerika Utara

1960 Chile dan Negara-Negara di Pacifik

1896 Jepun

1883 Indonesia

1755 Portugal dan Europah



KESIMPULAN

Kesimpulannya,kita haruslah sentiasa bersedia dalam apa sahaja keadaan yang bakal berlaku.Apabila bencana tsunami datang,cubalah kita jangan panik.Jangan jadikan gelombang tsunami itu sebagai tontonan.Apabila gelombang tsunami terlihat,bermakna kita dalam keadaan bahaya.



BIBLIOGRAFI

*Majalah Angkasa edisi Spesial Tsunami the Deadliest Wave, Hak Cipta Terpelihara,Perpustakaan Negara Malaysia ( 2005)
*http://tsunami.pnm.my/main.php

PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA 1824

Selama lebih daripada 200 tahun, hubungan Inggeris- Belanda di Timur saling berm usuhan antara satu sama lain. Pembukaan Melaka oleh Raffles pada 1819 telah membangkitkan lagi kemarahan Belanda ke atas pemerintahan Inggeris.Untuk memperbaik hubungan antara kedua-dua pihak yang menjadi semakin rumit, beberapa siri rundingan telah diadakan di antara 1820 hingga 1823. Tetapi rundingan ini gagal mencari jalan penyelesaian. Sementara itu kemajuan pesat Singapura telah menyebabkan Inggeris berazam untuk mengekalkan kekuasaan ke atas Singapura. Setelah beberapa perundingan diadakan, akhirnya satu perjanjian telah dicapai dan kedua-dua pihak telah memeterai perjanjian yang dikenali juga sebagai perjanjian London. Tujuan perjanjian ini adalah untuk menamatkan pergeseran yang berterusan antara kedua-dua belah pihak demi untuk kepentingan masing-masing. Antara perkara penting yang terkandung dalam perjanjian tersebut ialah Inggeris akan kekal berkuasa ke atas Singapura, manakala Melaka diserahkan kepada Inggeris dan Bangkahulu diserahkan kepada Belanda. Dengan termeterainya perjanjian ini, pembahagian kuasa antara Inggeris dengan Belanda telah disaksikan dan kedudukan politik Inggeris dan Belanda telah dikukuhkan lagi. Perjanjian 1824 ini juga telah menamatkan sejarah Empayar Johor, apabila kekuasaannya di kawasan Riau-Lingga terletak di baw ah pengaruh Belanda. Perjanjian ini juga telah membolehkan Inggeris menguasai Pulau Pinang, Melaka dan Singapura yang juga dikenali sebagai Negeri Selat.

PENAKLUKAN BELANDA KE ATAS MELAKA (1641–1824)

………Tekanan yang dihadapi oleh Belanda di Eropah di abad ke- 16 telah menguatkan lagi azam Belanda untuk menjadi bangsa yang merdeka, berkuasa, kuat dan berdaulat.Penindasan Sepanyol ke atas Belanda, penutupan pelabuhan Lisbon terhadap kapal Belanda dan penerbitan buku Itinerario oleh Van Linschoten yang membongkar rahsia jalan laut dan tempat yang kaya dengan hasil rempah telah mendorong orang Belanda mengembangkan pengaruh ke rantau Asia Tenggara.

………..Dalam usaha menyatukan kekuasaan Belanda di Timur, seluruh kapal perniagaan Belanda yang berdagang di Timur telah digabungkan dan dikenali sebagai Syarikat Hindia Timur Belanda. Di samping itu, pada 1606, Belanda telah mengikat perjanjian dengan Negeri Johor untuk membuat pakatan bagi melancarkan serangan bersama ke atas Portugis di Melaka.

…………Bagi mengukuhkan kedudukannya pihak Belanda telah berjaya menawan dan menubuhkan pusat pentadbiran di Betawi. Setelah kedudukannya menjadi bertambah kukuh, hasrat Belanda untuk menawan Melaka telah diteruskan. Dalam bulan Jun 1640 sehingga Januari 1641, Melaka telah dikepung oleh Belanda dengan bantuan Johor. Pengepungan yang berterusan ini telah menyebabkan kebuluran yang teruk di kalangan tentera Portugis dan akhirnya pada 16 Januari 1641, pihak Portugis telah menyerah kalah tanpa syarat dan Melaka jatuh ke tangan Belanda.

Wednesday, March 23, 2011

KEHEBATAN COKLAT SEBENARNYA~~~




TIDAK LA MENGEMUKKAN..MALAH SEDAP DIMAKAN..

HUUU..~~~RAMAI ORNG CAKAP..JANGAN MAKAN COKLAT..SEBAB IA AKAN MENGEMUKKAN..TAPI SEBANARNYA..TAKLA BEGITU MENGEMUKKAN..SEBENARNYA..COKLAT INI BOLEH MENGEMBALIKAN TENAGA KITA DENGAN SEGERA..HIHIHIIH. SELAIN DARIPADA RASA SEDAP COKLET TERSEBUT...KITA JUGA AKAN DAPATI KHASIAT DARIPADA COKLET INI..COKLET MEMPUNYAI PELBAGAI RASA DAN CAMPURAN..CONTOHNYA..COKLET BERKACANG, COKLAT BERKISMIS,COKLAT BERSUSU,COKLAT HITAM(PAHIT TUUU), DAN SEBAGAINYA.

SEDIH~~~MAKAN LA COKLAT..

COKLAT SEBENARNYA TEMAN KESUNYIAN DAN KESEDIHAN, APABILA ADA MEMPUNYAI TEKANAN, CUBALA MAKAN 1 ATAUPUN 2 BAR KECIL..XLAMA..HILANGLAA RASA TEKANAN ,SEDIH,,DAN KESUNYIAN KAMU TU,,`~~HIHIH...CUBALAA....TAPI XLA LAMA HILANG SUMA TUE..TAPI SEKURANG-KURANGNYA..KURASNGLAA SIKIT YEE...GUD LUCK~~ <3

Friday, March 11, 2011

WHY….




Hey..hari ni sy nak story..knapa sy pakai perkataan why ni..hihih..truly..sy ni suka btl mau bertanya..kenapa?mengapa?macam mna?bagaimana..alaaa…sumalaa yng bersangkut paut..akkaka..asal jak sy dak berpuas hati,,sy akan tnya..tnya..dan Tanya..sdah tnya..lau mc dak puas ht..sy tnya lg..haahhaha..bkan jak bertanya..tp ..siap2 lg membantah..hahahah…huuu…dalam hidup seharian sy pun..sentiasa ada pertanyaan,..contohnya,,knpa sya mau p kuliah???huuu..sedangkan keluarga sya kurang mampu untuk tmpung kos kuliah sya…knpa sya tidak dapat pinjaman mauhupun biasiswa..??knpa teman sya bole..??isssshhhh,,,semuanya persoalan..hari2 sy dlm persoalan..bila laa mau dpat jawapan yaa..huhuh…kdng2 sy rasa dunia ni serba x adil..knpa org senang..di beri kesenangan lg..sdangkan org kurang mampu ini sentiasa dilimpahi dengan cbaannYA..huu…sy tau ada ygakan ckp xda berusaha..xdalaah perubahan hdup..2 mmg btl.tp ku dak pernah marah mahupun benci terhadapNYA..ttpi htiku sntiasa dipenuhi dengan persoalan dan pertanyaan ..haaa,,,benda mcm ni..sy xtaulaa mau tnya sepa..jd..xdalaa jwapan yg tetap..so..its up too me laa..mau buat mcm naa kn..huuu…*HANYA LUAHAN HATI KECIL KU*

mari - mari kenal SCORE A




The key to accomplish good grades is Output Learning™ - the ability to retrieve and apply what you have studied or learnt. Many students do only Input Learning - reading, studying, memorising & listening are only Input Learning - that is why students get average marks.
To excel, your children need Output Learning™. Discover how we coach your children using Output Learning™ techniques.

We have invested four years of research and development into this ultimate Output Learning™ tool that has been carefully designed to be in line with the school curriculum set by the Ministry of Education.

We will help and guide your children to - BE EXAM READY & SCORE A's and endeavour the impossible to improve their work. Practice makes perfect. The will to succeed is important but what's even more important is... the will to prepare. Come examination day, your children will sail through the challenge with confidence and Score A's.

Wednesday, March 9, 2011

kami ukur-ukur

haaaa....ni la masa2 yg sy trtungu2 ni..hahahah tek.ukur final sem..mo tau npa sy tertungu2 sem ni..sbb dak pernah sy pegang tau usik benda ni..hahah..maklumlaa...uiikksss..pikir senang mau ukur..rpanya..isssh3x...payah btul mua d laraskan....aduuhh...sdahlaa susah...kna2 matahari terbit tegak d kpala g..panass woooooo...

naa..bndah ni mau d set bgus2...haruslaa 90puluh darjah

haahah..tmpat terpilih kmi ialah d kampus A LIKAS kolej yayasan sabah...kmi d beri titik pindah 8 stesen..huu....1 hingga titik pindah 4..pnyalaa lancar..tp...bila smpai titik pindah 5 - 8..ahhuuuu...payah btul mau urus...mau tau knpa..sbab..kmi ukur menurun...dri tmpat tingi ke tmpat paling rndah...arrrr.....siap tersilap kira n baca meter lg..aduuhhh...



naaaa...sdah silap..panas terik lg...aduuhh...ukur balik lgi..adduuuhhh..xpaalaa...blajar nmanya kn..hhihihih,,,klau xda ksilapan..mcm na mau blajar,...kn2..hihihi...


naaa.....ini laa ba...lucture kmi..tuk kerja lapangan..hahaha..dlu kmi punya senior..ckg..jd cikgu joo..hhahaah..orngnya open..lawa.pun..bole laa...hahahha...

Sunday, March 6, 2011

MOTOR..OH..MOTOR..

1ST TIME NAIK MOTOR...1ST TIME JGAK JATUH MOTOR..


hahhaha...slama ni..mmg sy tringin sangat mau kluarkan moto..tp gara2 halangan kluarga...xjd kaa sy kluar kn moto..moto fav ialag EX5...sy mau modifed p warna pink putih..hihihih..
EX5 WHITE


tp suma 2 cuma tingal angan2 laa....apalaa bole buat..tp 1 hari ni..sy teringin sangat2 mau try pandu moto sendiri...kbetulan...kwan ni tlamapau muarah ati mau kc pinjam moto dia 2..so..apa lg..ada ksmpatan laa...ahahahha...sdahlaa sy ni dak pernah bawa moto..pndai2 plak mua bwa moto sndiri...mmber2 sy ada tunjuk jgak mcm na mau bwa...lpas 2..tmba segan silu..sy trus bwalaa moto 2 jln..tuuup2..jln punya jln..ngan gear 2 ..ttba plak..ada skumpulan org 2..sound kat sya..ckp stand moto blum naik..so/..sy berhntila...dengan break mati moto 2...slpas 2..sy blum g puas ati..jd..continue laa bwa moto ni..ttba plak trasa ingin membelokkan moto 2...tp...dlm masa yg sma...sy ttba panik..sebab sy nmpak ada kreta di depan sya...so,,sy lost control laa...apa lg...sdahlaa lost control...sy trest lg laju2..truss..terlangarlaaa krta lecture sy 2..uppsss.....break mati..pastu jtuh terhimpit moto...xlaa truk sngat luka..adalaah ckit..tp ..sy brjanji,,tidak akan lg bwa moto sumur hidup sy ..takutt da....


 JENIS MOTO MEMBER SY TUE

Saturday, March 5, 2011

COme JOin PoSE TuTUp MULut..

owner contest ialah nordiana lawat laa blog dia lau mo ikut contst ni yaaaa...~~~ <3


hai2...haaa...ni la gmbr sy post men tutup2 mulut ni..so..jgn tgu lama...sya pilih gmbar ni..sebab..mcm ni jak gmbar yang saya ada post tutup mulut ni..hhahaha...lagi pun sya mnpak smart plak mcm ni..ahahha..uppsss...

pic ni sya tag my frend lululalengleng dan c putri malu 

I LURVE Taylor Alison Swift


ALL ABOUT..



(born December 13, 1989) is an American country pop singer-songwriter,musician and actress.
In 2006, she released her debut single "Tim McGraw", then her self-titled debut album, which was subsequently certified multi-platinum by the Recording Industry Association of America and was nominated for the Best New Artist award at 50th Grammy Awards. In November 2008, Swift released her second album, Fearless, and the recording earned Swift four Grammy Awards, including the Album of the Year, at the 52nd Grammy Awards. Fearless and Taylor Swift finished 2008 at number-three and number-six respectively, with sales of 2.1 and 1.5 million. Fearlesstopped the Billboard 200 for 11 non-consecutive weeks; no album has spent more time at No. 1 since 2000. Swift was named Artist of the Year by Billboard Magazine in 2009.Swift released her third album Speak Now on October 25, 2010 which sold 1,047,000 copies in its first week.
In 2008, her albums sold a combined four million copies, making her the best-selling musician of the year in the United States, according to Nielsen SoundScan. Forbes ranked Swift 2009's 69th-most powerful celebrity with earnings of $18 million[ and 2010's 12th-most powerful celebrity with earnings of $45 million. Swift was ranked the 38th Best Artist of the 2000–10 decade by Billboard. In January 2010 Nielsen SoundScan listed Swift as the most commercially successful country (or country/pop crossover) artist in music history with over 33 million digital tracks sold. As of February 2011, she has sold over 19 million albums and 33 million singles worldwide.